PRO TECH RESOURCES (“PTR”) merupakan sebuah syarikat milikan 100% Bumiputera. Operasi telah dimulakan pada 21 Julai 2003 dengan bermodal pengurusan dan pusingan sebanyak RM 200,000.00.
Alamat berdaftarkan di No. 11 & 11A, Jalan Damar 1, Taman Rasa Indah, 44200 Rasa, Selangor Darul Ehsan.
PTR juga merupakan syarikat kontraktor berdaftar dengan Kementerian Kewangan, Pusat Khidmat Kontraktor, CIDB Malaysia, Suruhanjaya Tenaga Malaysia dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).
Perniagaan PTR yang utama adalah berteraskan elektrik, elektronik, penyelenggaraan bangunan dan sistem penghawa dingin yang berpengalaman dan efisyen. Pihak syarikat telah berjaya melaksanakan projek-projek yang dipertanggungjawabkan dalam masa yang di tetapkan dengan mutu perkhidmatan yang diperakui dan memuaskan.
Matlamat syarikat ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, efisien dan kompetitif serta berkemahiran bagi memenuhi kehendak dan spesifikasi pelanggan. Ini mampu melahirkan hubungan perniagaan yang berdaya saing dan kekal untuk suatu jangka masa yang panjang. Penubuhannya juga adalah untuk menjadi syarikat bumiputera yang berjaya, tersohor dan dihormati.
“PERKHIDMATAN BERKUALITI, CEKAP DAN TELUS ADALAH MATLAMAT KAMI”
PERANCANGAN SYARIKAT
1.
Mendapatkan kerja-kerja kontrak penyelenggaraan untuk organisasi kerajaan dan bukan kerajaan berpenggal atau tetap.
2.
Mendapatkan kerja-kerja kontrak membekal barangan elektrik, elektronik, teknologi maklumat dan lain-lain kepada organisasi kerajaan dan bukan kerajaan secara berpenggal atau tetap.
3.
Memberi latihan kerjaya dan kursus keselamatan bekerja kepada kakitangan untuk meningkatkan kualiti kerja dan kesedaran keselamatan ketika bekerja.